Friday, June 19, 2009

"ADA APA DENGAN RAJA LOPE"

Mengenali Raja Lope adalah sesusatu yang indah dan tidak dapat dilupakan..memang banyak kenangan dan pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang berada di Raja Lope...

Yob dan lama kenal dengan Raja Lope sebab hampir ke semua adik-beradik Yob sekolah di sana..

Tapi apa ada dengan "Raja Lope"...mungkin dah lepas sekolah baru kita dapat rahsianya..

Ramai orang anggap Raja Lope sekolah kampung..memangpun..kalau nak dibandingkan dengan Sri Perak...Methodist atau Panglima...

Raja Lope dianggap sebagai pilihan terakhir bagi pelajar sekitar Tg Piandang untuk meneruskan sekolah menengah..

Tapi Yob tak kisah..

Selepas menamatkan sekolah rendah Yob telah ditawarkan ke SBP...tapi Yob tak nak pergi..hehe..bukan manja atau tak nak berjauhan daripada keluarga..

Tapi Yob ada misi tersendiri...yang hanya Yob je tahu...:)..sehinggakan ada seorang guru di sekolah rendah Yob kata Yob bodoh sebab tak pergi sekolah SBP...dan Yob akan menyesal satu hari nanti...

Yob sahut cabaran tu...

Hehe..daftarlah Yob di Raja Lope...1R1..kelas petang lagi...
Alhamdulillah...Yob memang happy dapat sekolah di sana..

Masa tu dapat ramai kawan...dari SK Tg Piandang..Megat Aris..Sg Baru..Sg Burung..Nam Hwa...
Memang best sangat..hahaaa..biarlah sekolah kampung..tapi misi tetap diteruskan..

Jadi apa ada dengan Raja Lope?...

terlalu banyak yang tersirat dan tersurat jika difikir dan diingat sampai sekarang...
antaranya....

  1. Sebenarnya kalau nak dibandingkan guru di Raja Lope dengan sekolah yang elit...guru-guru lebih prihatin dan sanggup berusaha demi kejayaan putera dan puteri Raja Lope..
  2. Suasana kampung di Raja Lope lebih segar kalau nak dibandingkan dengan sekolah di bandar..
  3. Sekiranya Yob ke SBP selepas sekolah rendah..pastinya Yob tak ada ramai rakan di kampung..buktinya..rakan2 yang masuk ke SBP hanya mempunyai rakan yang tinggal berjauhan dari kampung...
  4. Tak semua pelajar SBP berjaya di universiti..sebaliknya ramai bekas putera dan puteri Raja Lope berjaya ke menara gading...

Justeru..Ada apa dengan Raja Lope....?...

RAJA LOPE ADA SEGALA-GALANYA...

Hanya pelajar dan guru harus berganding bahu untuk menghasilkan OUTPUT yang berguna..