Friday, June 19, 2009

KENANGAN DI RAJA LOPE

Banyak kenangan-kenangan yang akan kita kongsi bersama di sini..

Antara yang akan Yob kongsikan..dari masa ke semasa...

  1. Kenangan Yob ketika di 1R1 - 3R1...
  2. Kenangan Yob ketika menyertai Pengakap 51 Kerian..heheehe..
  3. Kenangan Ketika Yob dan rakan-rakan kena denda dengan Penyelia Petang dan Guru disiplin...sebab ponteng kelas English..hehehee..nakal masa tu..
  4. Dan kenangan-kenangan lain yang pasti akan dikongsi bersama..

Sampai ketemu dilain lembaran..

"ADA APA DENGAN RAJA LOPE"

Mengenali Raja Lope adalah sesusatu yang indah dan tidak dapat dilupakan..memang banyak kenangan dan pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang berada di Raja Lope...

Yob dan lama kenal dengan Raja Lope sebab hampir ke semua adik-beradik Yob sekolah di sana..

Tapi apa ada dengan "Raja Lope"...mungkin dah lepas sekolah baru kita dapat rahsianya..

Ramai orang anggap Raja Lope sekolah kampung..memangpun..kalau nak dibandingkan dengan Sri Perak...Methodist atau Panglima...

Raja Lope dianggap sebagai pilihan terakhir bagi pelajar sekitar Tg Piandang untuk meneruskan sekolah menengah..

Tapi Yob tak kisah..

Selepas menamatkan sekolah rendah Yob telah ditawarkan ke SBP...tapi Yob tak nak pergi..hehe..bukan manja atau tak nak berjauhan daripada keluarga..

Tapi Yob ada misi tersendiri...yang hanya Yob je tahu...:)..sehinggakan ada seorang guru di sekolah rendah Yob kata Yob bodoh sebab tak pergi sekolah SBP...dan Yob akan menyesal satu hari nanti...

Yob sahut cabaran tu...

Hehe..daftarlah Yob di Raja Lope...1R1..kelas petang lagi...
Alhamdulillah...Yob memang happy dapat sekolah di sana..

Masa tu dapat ramai kawan...dari SK Tg Piandang..Megat Aris..Sg Baru..Sg Burung..Nam Hwa...
Memang best sangat..hahaaa..biarlah sekolah kampung..tapi misi tetap diteruskan..

Jadi apa ada dengan Raja Lope?...

terlalu banyak yang tersirat dan tersurat jika difikir dan diingat sampai sekarang...
antaranya....

  1. Sebenarnya kalau nak dibandingkan guru di Raja Lope dengan sekolah yang elit...guru-guru lebih prihatin dan sanggup berusaha demi kejayaan putera dan puteri Raja Lope..
  2. Suasana kampung di Raja Lope lebih segar kalau nak dibandingkan dengan sekolah di bandar..
  3. Sekiranya Yob ke SBP selepas sekolah rendah..pastinya Yob tak ada ramai rakan di kampung..buktinya..rakan2 yang masuk ke SBP hanya mempunyai rakan yang tinggal berjauhan dari kampung...
  4. Tak semua pelajar SBP berjaya di universiti..sebaliknya ramai bekas putera dan puteri Raja Lope berjaya ke menara gading...

Justeru..Ada apa dengan Raja Lope....?...

RAJA LOPE ADA SEGALA-GALANYA...

Hanya pelajar dan guru harus berganding bahu untuk menghasilkan OUTPUT yang berguna..

Thursday, June 18, 2009

Salam semua...

Just to inform that i already create Yahoogroups for students and ex-students or teachers /ex-teachers here..so we can easily share information and can promote to others..

I hope we can use this yahoogroups for good purpose...

RAJA LOPEIAN YAHOOGROUPS

Adios...


Putera Raja Lope...

Monday, June 15, 2009

THE GATE!!!


Salam..

hari ni saya berkesempatan untuk rehat sebentar dan melayari internet..terdetik untuk mencari gambar-gambar terkini Raja Lope yang penuh dengan memori..dan salah satu gambar yang diperolehi ini sedikit sebanyak mengimbas kenangan keluar masuk ke SMRLNR...

Sunday, June 14, 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH..

CUTI SEKOLAH DAH TAMAT HARI INI...

SO..AMACAM PERSEKOLAHAN BESOK?....
DAH READY?...

Thursday, June 4, 2009

SEJARAH SEKOLAH

9 Mac 1969
Usul penubuhan dikemukakan kepada YB. En. Mohd. Khir Johari (Menteri Pelajaran) oleh En. Mohamad Hj. Kassim (Pengerusi PIBG S.K.Tanjong Piandang).

22 Mac 1975
Desakan ulangan dikemukakan kepada Tn. Syed Abu Barakbah (Pengarah Pelajaran Perak) ketika beliau merasmikan Sukan Tahunan di S.K. Tanjong Piandang. Satu memorandum juga dihantar kepadaTan Sri Hamdan Sheikh Tahir (KPP).

26 Februari 1976
Bangunan sekolah mula dibina di kawasan seluas 10.47 ekar dan siap sepenuhnya setahun kemudian.

22 Februari 1977
En. Abd Jalil Mohd Yusof dilantik sebagai pengetua pertama. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Tanjong Piandang.

4 Mei 1977
Hari pertama penggal kedua sekolah dibuka dengan jumlah murid seramai 232 orang di Tingkatan 1 dan 90 orang di Kelas Peralihan serta 8 orang guru.

30 Mei 1977
Nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid sempena nama Yang Amat Mulia Raja Lope Nor Rashid (Orang Besar Jajahan Kerian).

1978
Dua kelas Tingkatan 4 dimulakan. Bilangan pelajar bertambah menjadi 1095 orang. Tenaga Pengajar termasuk staf sokongan seramai 36 orang.

1979
Menjadi Sekolah Menengah penuh yang mempunyai kelas dari tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5.

LAGU SEKOLAH

TEKUN USAHA JAYA

Tekun usaha jaya
Itulah cogankata kita
Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid
Maju terus maju
Berusahalah kita
Semoga tercapai citaBerjasa pada bangsa
Mengharum nama negara
Bersatulah kita semua bangsa
Tak kira agama
Semoga kita berjaya
Tekun usaha jaya
Panduan hidup kita semuaS
emoga tuhan memberkati
Hidup aman bahagia